Assalamualaimum...
Hi Semua...
Artikel hari ini sis nak share tentang Intermittent fasting atau lebih di lebih dikenali dengan ringkasan IF.
Apa itu Intermittent fasting?
IF atau Intermittent fasting adalah gabungan berpuasa dan rutin makanan seharian. Macam best jer kan? Puasa pun boleh makan😁. Walaupun berpuasa ualls juga masih boleh minum!
Jadi apakah manfaat Intermittent fasting kalau boleh makan dan minum?
Antarannya:
❤️Turunkan kadar Insulin.
Insulin adalah sejenis hormon. Ia mengawal paras gula dalam darah dan tukarkan karbohidrat kepada gula untuk hasilkan tenaga.
Sewaktu berpuasa ( Intermittent Fasting ) hormon insulin dalam badan menurun kerana tiada pengambilan makanan. Jumlah hormon insulin yang tinggi boleh sebabkan kerosakan saraf mata dan salur darah.
❤️ Awet Muda😍
Bila berpuasa, hormon Human Growth ( tugas hormon ini ialah pertumbuhan dan hasilkan sel baru) meningkat 5x ganda berbanding badan tidak berpuasa . Sewaktu Intermittent fasting berlaku fat burning effect dan pembaharuan sel yang jadikan kulit lebih awet muda.
❤️ Kurangkan Berat Badan.
Ini adalah sebab utama ramai yang buat Intermittent fasting, sebab nak kurus atau kurangkan berat badan . Masa berpuasa metabolisma meningkat . Lebih tinggi metabolisma lagi mudah untuk kurangkan berat badan berlebihan.
❤️ Turunkan tahap kolesterol.
Dengan Intermittent fasting boleh membantu untuk turunkan bacaan kolestrol jahat di dalam darah (LDL) kerana LDL tinggi boleh sebabkan penyakit jantung.
❤️ Kesihatan Otak.
Ualls alami kelesuan? Sukar untuk fokus? Intermittent fasting boleh bantu hasilkan sel baru dan nerve tisu di dalam otak . Jadi bila sel baru terbentuk ia mampu tingkatkan mood, memori, fokus dan lain lain fungsi otak.
❤️ Bantu Rawat Diabetis Tahap Dua
Bagi pesakit diabetis tahap dua, banyak insulin resistance tetapi tidak berfungsi untuk memasukan gula dalam sel. Ini menyebabkan kerosakan pada tubuh. Dengan Intermittent fasting kandungan insulin dapat di turunkan.
Seperti yang kita faham Intermittent fasting ini tidak sama dengan kita berpuasa di bulan ramadhan bagi yang muslim. Puasa ramadhan kita tidak boleh makan dan minum dari subuh hingga maghrib.
Manakala Intermittent fasting pula kita masih boleh minum di fasa puasa dan untuk melakukan intermittent fasting biasanya cadangan 16 jam untuk puasa makan. Bagaimana pun waktunya anda boleh tentukan sendiri. Jadi aturan pemakanan dan waktu puasa perlu diatur dengan betul.
Contohnya 14/10 . 14 jam puasa dan 10 jam fasa makan. 16/8. 16 jam puasa dan 8 jam fasa makan.
Ada juga yang melakukan 24 jam, iaitu 24 jam puasa dan 24 jam fasa makan. Tapi tidak disarankan kerana dia cukup ekstrem.
Intermittent fasting dalam fasa berpuasa kita disarankan minum minuman yang tidak ada kalori seperti air putih ( 8 ke 13 gelas sehari ) teh hijau, minuman tanpa gula dan susu.
Di fasa makan pula semasa Intermittent fasting kita disarankan makan makanan yang bernutrisi terutama dari sumber protein, buah buahan, sayur sayuran dan suplement tambahan untuk kekalkan kesihatan.
Cuba elakkan makan makanan yang di proses, berminyak, kandungan gula, lemak dan garam yang tinggi.
Semasa melakukan Intermittent fasting anda juga disarankan melakukan senaman ringan.
Ibu ibu mengandung tidak disarankan melakukan intermittent fasting.
Kesimpulannya Intermittent fasting adalah sama dengan cara diet yang lain, tapi keadahnya berbeza. Mungkin berkesan pada anda jika dilakukam secara betul dan pengambilan permakanan yang tepat.
Ramai yang telah dapat hasil dengan keadah Intermitent fasting.
Jadi.....jom cuba.
Semoga artikel ini dapat membantu anda yang nak mulakan Intermittent fasting.
Untuk info boleh hubungi sis.
Jom kita sihat sama sama.
Sihat itu kaya.
Fb: Masni Sani
0143674733
Comments
Post a Comment