🎵🎵Perjalanan jauh takku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sana saudara
Yang selalu bermain di mata
Num menghijau gunung ladang dan rimba
Langit tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung
Hati girang.......🎵🎵
Selepas sebulan berpuasa, umat islam seluruh Malaysia menyambut 1 Syawal iaitu bersamaan pada 22hb April 2023. Dan bila lagu ini berkumandang, tak sabar rasanya nak balik kampung. Tak kisah lah kampung tu dekat atau jauh, dari utara ke selatan, timur ke barat, east ke west semua dah tak sabar untuk meraihkan bersama keluaga dan orang tersayang.
Ada yang dah buat persiapan awak awal lagi merancang nak masak apa, pakai tema warna apa dan dah terbayang nak masak apa untuk di hidangkan pada snak saudara dan tetamu.Tak ketinggalan juga biskut raya, dah buat seawal bulan ramadhan, dan ada juga dah tempah awal awal.
Individu yang paling gembira sudah tentunya si kecil. Tradisi pemberian duit raya pasti dapat mengukir senyuman buat mereka. Tidak lengkap rasanya suasana hari raya tanpa ungkapan " Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin". Amalan bersalaman dan bermaafan adalah antara satu tradisi dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim.
Kunjung mengunjung atau amalan ziarah adalah satu perkara wajib sambil menikmati segala juadah seperti ketupat, rendang, lemang , lodeh , sambal kacang, nasik minyak, laksa dan banyak lagi.
Dalam kita seronok menyambut hari lebaran berjumpa sanak saudara dan menjamu juadah, kesihatan harus di jaga . Awas! Kerana kesemua makanan lazat semasa hari raya mampu mengundang pelbagai penyakit. Sering kali kita mendengar, terbaca atau berlaku kepada keluarga atau diri sendiri, sakit di sebabkan makanan raya. Di sebabkan nafsu akibatnya kelak di tanggung diri sendiri.
Pengambilan makanan berkarbohidrat dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan paras gula tidak teratur terutamanya di kalangan individu yang mempunyai penyakit kencing manis sehingga menyebabkan pelbagai komplikasi.
Rendang, sambal bilis, kuah kacang, kuah laksa mengandungi kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi dan pesakit darah tinggi atau hipertensi harus berhati hati. Minuman yang manis juga harus di kawal oleh pesakit kencing manis. Pengambilan yang tidak terkawal akan menyebabkan kerosakan buah pinggnag, strok atau rabun.
Untuk individu yang sihat dan tiada penyakit pengambilan makanan yang tinggi kalori secara berlebihan akan menyebabkan kenaikan berat badan secara mendadak. Manakala bagi yang obes pula berisiko tinggi mendapat penyakit seperti kencing manis, hipertensi, kanser dan penyakit jantung.
Jadi takkan tak boleh makan? Rugi kan makanan sedap depan mata. Bak kata pepatah " Rezeki jangan di tolak".Berpada pada mengambil makanan sepanjang hari raya. Kurangkan pengambilan atau kuantiti makanan yang manis dan berlemak.
Di sini saya nak kongsi tips senaman ringan yang boleh di buat selepas menjamu selera di hari raya.
1. Letak kereta di tempat yang jauh ketika beraya di rumah kawan kawan dan berjalan kaki ke rumah mereka.
2. Gunakan tangga daripada escalator.
3. Kayuh basikal atau berjalan kaki untuk ke rumah jiran.
4. Berdiri semasa bersembang.
5. Bermain dengan kanak kanak.
6. Bantu tuan rumah mengemas atau apa apa keperluan ( dengan izin tuan rumah)
Selain daripada di atas anda juga boleh mengamalkan vitamin yang berkonsepkan bakar dan buang/detox
BAKAR
LECITHIN
Memecahkan lemak dan kolesterol. Bertindak sebagai pembersih salur darah.
Menghalang obesiti ( pengambilan dalam kuantiti yang banyak)
Menghalang tekanan darah tinggi, memperbaiki tekanan darah tinggi dan menggalakan peredaran darah.
Meringankan sembelit .
OMEGAGUARD
Antara makanan yang digalakkan untuk yang nak diet adalah omega 3 yang ada dalam omegaguard shaklee. Ia merupakan minyak ikan yang paling tulin di dunia dan mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
Omegaguard mencegah penyakit salur darah tersumbat dan strok.
Tekanan darah yang lebih rendah dan kepekatan darah. ( ketegangan di leher atau sakit kepala )
Melincirkan salur darah dan peredaran yang lancar .
Merendahkan kolesterol dan menghalang pembekuan darah.
Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
BUANG/DETOX
Kenapa penting detox? Ia menbantu membersihkan usus kita yang penuh dengan toksin atau sisa sisa makanan yang tertinggal supaya tidak menjadi kerak najis .
ALFALFA
Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian dan telah digunakan oleh manusia sejak lebih 2500 tahun.
Mencuci hati darah dan usus. Ia makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan berasid, meghilangkan toksin dari badan, membersihkan kolon, hati dan darah.
Pengambilan jangka panjang membantu menghapuskan lemak, memgurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.
HERB-LAX
Kombinasi sains, tradisi dan teknologi barat dengan campuran 9 herba semulajadi antaranya daun senna, fennel seed dan buckhorn dapat membantu:
Pembersihan najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.
Membantu masalah sembelit
Mengempiskan perut.
Semoga perkonsian kali ini dapat menbantu anda untuk lebih sihat bukan saja di hari raya tapi untuk diamalkan secara konsisten setiap hari.
Hari Raya Dengan Shaklee Senang Jer....
Inn Shaa Allah.
Nak info lebih lanjut tekan sini
Fb :Masni Sani
Nak dapatkan harga ahli DAFTAR SINI
Comments
Post a Comment